Monday, February 20, 2012

What's on Ayna's iPad?

Sebelum mula menulis, nak buang habuk & sawang kat blog ni jap. Whoooohhh whooohh *sambil pakai mask* (Okay sila abaikan aksi itu, tak ke mana pon habuk tu pergi :P) Dah 2 minggu saya takde mood nak jengah blog sendiri mahu pon sesiapa saje. Been down with sore throat & mild fever, lepas tu batuk dan sakit pinggang dalam masa yang sama. Allahuakbar! Rasa macam nak tercabut spine kat low back tu especially time batuk kuat T___T. Alhamdulillah, now I'm getting better. Batuk dah kurang dan sakit kat pinggang tu masih terasa lagi sikit2.

Okay, hari ni saya nak share tentang iPad si Ayna. Erk, rasanya entry kali ni macam panjang sikit sebab ada gambar berjela. Nak kongsi apa apps yang kami downloadkan untuk dia, sama ada education value atau tak. Tapi boleh kata 90% memang education apps pon. Hehe, mak kejam! Games yang mengarut, talking2 animals (yang sangat annoying tu!), YOUTUBE semua mak dia dah delete/hide.

Boleh tahan banyak jugak apps untuk si Ayna ni. Kami sorting dan masukkan dalam folder macam gini dan tunjuk dia nama setiap folder tu supaya senang dia nak cari app yang dia nak.


Sekarang mari kita tengok apps apa yang dalam folder2 tu (Disclaimer: banyak gambar2 yang nampak mcm lebih kurang)


1) Hutos
Hutos ni video sebenarnya tapi dalam bentuk app, mostly not free. Setiap video tu ada banyak series. Macam ala2 Pocoyo tapi lagi best, ada 5 cute characters dalam tu. Ayna punya favorite character merangkap her imaginary bestfriend adalah Joa (hok pink tu)! -__-; Banyak morale value & audio pon jelas. Banyak jugak english vocab baru yang Ayna belajar dari sini. Tapi kami control jugak penggunaan Hutos ni supaya tak berleluasa sangat, hahaha. Too much video pon tak elok jugak (untuk anak kamilah sebab nanti dia kurang fokus). Hanya untuk tujuan2 kritikal sahaja eg: ketika si maknya sedang sibuk menjahit, berusrah atau menghapdet stok kain atau ketika si anak bosan sangat sampai nak tertido di siang hari, maka kewujudan Hutos ini tidak pernah mengecewakan! :P



2) Storybooks
Apps yang paaaaaling banyak sekali dalam iPad ni, siap kena buat 2 folder. Ada yang beli dan ada yang free tapi mostly free. Kadang2 satu app tu datang dengan multiple books. Antara sebab kenapa banyak ebooks yang didownload adalah kerana kat Jepun ni susah sangat nak dapat english books untuk toddler. Kalau ada pun di Kinokuniya Shinjuku. Once a while je dapat pegi. Nasib baik banyak jugak storybooks yang kami bawa sebelum datang sini. Tapi kalau hari2 dok ulang itu je, bosan jugak. Storybooks for toddler yang ada kat Appstore kebanyakannya sangat interesting. Ada cool graphic, animation & boleh bercakap (ada narrator tolong bacakan) dan kadang2 ada revision session. Tu sebab Ayna memang tak pernah tak suka bukak ebook kat iPad ni. Semuanya dia suka especially yang ada kisah2 princess. Cuma kadang2 terasa annoying jugaklah dengan sounds & animation dalam buku tu. Bukan apa, nanti dia kurang concentrate dengan spelling & reading. Harapkan kita bacakan untuk dia je all the time, lemaklah! Sampai bila2 kang tak pandai membaca (Eh, tiba2 mode cikgu garang datang :P). Oh yea, perasan tak buku yang last sekali tu dalam Folder 2? Haaa.. it's an islamic ebook about Allah - Our Creator! Baru jumpa buku2 islamic recently, sebelum ni cari tak jumpa kat Appstore. Alhamdulillah, next month boleh beli lagi ;)


3) Hello Kitty 
Ayyoo.. Kalau girls tu always girls la kan? Kitty-chan ni one of favorites Ayna jugak. Tengoklah wallpaper tu, dia yang pilih sendiri -___-; But one good thing about these apps, ada puzzle, spot the differences & match activity. So takdelah gambar Kitty-chan berposing semata2. Yang kami download ni semuanya free.


4) Activity
Folder khas untuk apps selain buku, ABC, 123 atau puzzles/games. Kira ni ruang untuk dia berangan la. Boleh painting & coloring. Boleh melayan Barney, berimaginasi dengan menampal stickers kat background yang bersesuaian (nak tampal sticker betul2 kat dinding, mak dia tak izinkan!) Ada IQ test, general quiz & exercise (general knowledge selain ABC & 123 seperti Occcupations tu) dan tak lupa jugak VIRTUAL PET! (yang gambo kepada unicorn tu). Disebabkan rumah sewa kami ni tak boleh bela pet (eh, kalo boleh pon takkan ada pet rasanya) dan Ayna nak sangat bela pet (dia nak rabbit or cat sebenarnya), maka kami pon adoptlah unicorn ni. Mula2 tu dia memang nak tamagotchi yg macam bentuk key-chain macam kita pernah main kecik2 dulu. Haihhh, punyalah mahal tengok kat mall! Dah la tak interactive sangat. Balik rumah terus download app ni untuk dia, FREE! Mula2 Ayna rasa seronok ada unicorn ni, dia panggil poney horse (haha sukatilah anak!). Bagi makan & minum ikut masa. Bersihkan puddle & stool. Tapi lama2 dia macam malas nak amik peduli. Jadi keje tambahan (yang sedia banyak kerja di rumah) pulak kepada mak dia nak kena take care pet Ayna! Sekarang ni, si poney horse Ayna ni macam tunggu masa je nak ke alam arwah. Bukan sebab tak makan ke hapa tapi TERLEBIH MAKAN sampai dah overweight makhluk tu. Selagi ada food, selagi tu dia bagi poney horse ni makan. Kesian kan? Si maknya ni dah tak kuasa nak melayan. Nasib le kau wahai unicorn.


5) ABC
Not that typical ABCs, yang kami download ni ABC phonics. Yang baris ke-2 sampai bawah tu phonics with simple word building/spelling. So far Ayna dah boleh baca simple words with _EN, _AN, _AT, _OT. Yang lain2 tu masih perlukan assistant lagi. Writing pon masih early stage lagi tapi dah boleh tulis nama sendiri A-Y-N-A. Apa2 pon writing using exercise books is still the best practice I think. Kalau guna iPad ni hanya jari telunjuk je, berbeza kalau bagi dia pegang dan tulis guna pencil/pen. iPad hanya untuk bantuan supaya dia lebih kenal dan ingat bentuk mana2 alphabet.


6) 123
Counting solution from 1 to err tak pasti sampai no. berapa. So far Ayna quite happy with all apps cuma kesiannya, dia familiar sampai no. 13 je. So kalau dia buat dots tu mesti dia stucked kat no. 13 :( Slowly la ye, Ayna. Kena rajin lebih sikit. Dah passed sampai 20 nanti insya Allah Ummi/Abah download math activity pulak macam plus, minus etc. Kasi pass sampai 20 dulu k!


7) Alifbata
Memang tak banyak pon! Luckily Ayna dah hafal alifbata dan dah boleh baca 2 suku kata huruf dan baris dengan Furqan. Doa2 harian tu bagus jugak tapi as usual, tak semua pon yang dihafalnya. Doa nak tido, bangun tido, nak makan, dah makan. Tu jelahhh.. Actually, doa2 harian tu pon berguna buat mak si Ayna ni jugak. Yelah, macam mana nak suruh/ajar anak doa2 harian kalau si mak pon tak hapal kan?? Ouch! Kena batang idung sendiri :P


8) Dress up
Haihh, tak tau kenapa boleh ada app ini. Tak berapa suka sebenarnya sebab si Ayna akan sangat ghalit dok hias2 princess (katanyalahhh) dengan macam2 baju & accessories. Good for her imagination (yang suka feeling2 princess tu), tapi kalau ngadap tu je selalu tak bagus mana pon. Selalu jugak pesan padanya, pakaian yang ada dalam ni tak sesuai untuk Ayna. Ayna kan Muslim, kenalah berpakaian cara Muslim. Tapi dia menjawab, takkkk ni untuk princess kakak je (referring to those character). Ok, bagus anak Ummi! Maknya dulu pon lebih kurang camnilah jugak masa kecik2 dulu. Tapi masa tu mana ada komputer ni semua. Usaha tau melukis paper doll & baju bajan yang vogue2 kat manila card & kertas! Masa tu ferasan ala2 fashion designer la kununyaaaa. Dah besar sikit (belasan tahun kot) baru nampak paper doll ni ada dijual d kedai mainan. Eh, ni cerita pasal app ke cerita kisah mak Ayna yang suka verangan jugak?? Lari topik sudahhh


9) Puzzle
Apps yang ada dalam folder ni lebih kurang macam folder Activity jugak tapi semuanya puzzle. Yang match tu bagus untuk memory dan yang lain2 tu membantu dia berfikir macam mana nak solve the problems. Ayna paling suka yang maze tu, berusaha dia mencari jalan keluar sampai jumpa lepas tu siap cakap YESSS! :D


10) Game
Game biasa2 saje yang dirasakan sesuai untuk dia. Sebelum ni ada Temple Run - LOL! Tapi dah buang sebab kesian tengok dia stressed out bila terjun laut takpon terlanggar batu. Dia punya frustrated tu seolah2 kalah ketika berjihad di medan perang! Tak pernah tengok dia upset kalau kalah dalam games yang lain eg: Angry Birds. Kesian kan? Taknak merosakkan emosi kanak-kanaknya maka goodbye Temple Run!!


11) Song
Folder ni buat syarat je kot padahal Ayna dah tak berapa layan sangat songs apps dalam ni pon. Tapi masa dia 2-3 tahun dulu suka betul, sebab interactive.

Hoihhh panjangnya! Cerita pasal apps Ayna je ni, belum lagi apps si mak & apak Ayna :P Moga dengan perkongsian apps yang tak seberapa ni dapat membantu ibu bapa di luar sana yang sedang tercari2 apps apa yang sesuai untuk anaknya, especially untuk toddler/kids 2-5 years old. Silalah share & inform saya juga sekiranya ada education apps lain (selain yang saya shared tadi) yang lebih bagus atau yang kami belum ada.

Apa-apa pun, iPad/iPod/iPhone atau apa sahaja interactive gadget hanyalah supporting tools dalam pembelajaran si anak sehari-hari. Sebagai parents, pandai-pandailah kita control penggunaannya pada anak masing-masing. Kalau depends 100% pada gadget pon tak develop jugak si anak tu, kan? I still believe that healthy environment & hands on approach is the best learning process for kids, macam kita masa zaman kanak-kanak dulu :)

Eh okaylah, sebelum melalut tak tentu pasal, baik berhenti di sini. Bye!

2 respond(s):

  1. salam ziarah dari lincoln :). zaman teknologi ni budak-budak pun dah ada gadget, kan? cepat pula tu diorang mahir guna gadget. kita yang terkial-kial..huhu..

    ReplyDelete
  2. Wslm wrh..
    Hi Nadiah! Terima kasih datang melawat ke rumah saya yg dah bersawang ni -___-;
    Ye betul, budak2 sekarang semakin advanced. Bijak pulak tu! Kadang2 baby baru 6 bulan pon dah pandai bezakan gadget toy dgn real gadget. Selalunya nakkan the real gadget seperti handphone kita. Toy dia yg attractive habis pon dia tak pandang huhu.. kan?

    ReplyDelete

wanna share your thot?