Monday, November 7, 2011

Pengorbanan kecil tapi bermakna

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua Muslim di luar sana.. mesti ramai yang masih di kampung lagi  kan sambil tengok korban masing2 yang telah ditumbangkan? kitorang di sini sambut ala kadar je.. takat masak2 special je, baju raya pon tak pakai.. huhu.. solat sunat pon tak dapat buat di embassy sebab hubby kurang sihat.. semalam saya masak ini, daging jugak.. Nasi Daging Air Asam.. saya guna resepi TTM ni.. memang menjadi dan ohmaiiii, sedapnya ya ampunnn.. makan 3 pinggan pon tak sedar!

Jemput makan..
Bila cakap pasal Aidil Adha pasti kita relatekan dengan pengorbanan kan? apa pengorbanan yang dah kita lakukan sepanjang hidup di bumi Allah ni, agak2nya yea? pasti banyak dah.. kita je yang tak perasan kadang2.. kecil atau besar tu tak penting, yang penting adakah kita bahagia dengan pengorbanan yang dah dibuat? adakah pengorbanan yang dibuat tu menambah iman & taqwa kita kepada Allah Subhana Wa Taa'la seperti pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Allah Ibrahim A'laihissalam terhadap anak kesayangannya, Nabi Ismail A'lahissalam?? mari kita muhasabah sama2, termasuklah saya yang menulis ni walaupun bukan mudah dan siapalah kita untuk merasai pengorbanan yang begitu mulia sebegitu..

Bagi saya pengorbanan yang paling membuatkan saya rasa bahagia adalah apabila saya terpaksa meninggalkan career saya sebagai Akauntan buat sementara waktu demi mahu bersatu dan berada di sisi suami dan anak tersayang.. walaupun tiada lagi fixed $$$ buat saya tapi saya berpuas hati.. suami saya gembira, anak saya lagi la shiawase! hari2 dapat berkepit dan bermanja dengan umminya.. saya dapat meluangkan sepenuh masa untuk mendidiknya, berkhidmat sebagai isteri solehah (aminnn) untuk suami tersayang.. tapi, adakah pengorbanan saya tu juga turut membahagiakan rakan2 saya di pejabat tu? adilkah untuk mereka menanggung semua tugas2 saya sedangkan 'rules & regulation' tidak membenarkan ada pengganti atau elaun tanggung kerja?

Haihhh.. itulah dilema saya sekarang ni.. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang oleh majikan saya untuk bercuti selama setahun, will end soon at 30 May 2012.. really soon kan? rasa macam sekejapnya masa berlalu.. lagi 7 bulan shiawase buat saya ni akan berakhir.. T________T 7 bulan bunyi macam lama but seriously, it isn't!! memang saya bercadang untuk menyambung cuti saya for at least another year but again, does it worth for the company? am i a liability to the company? am i selfish & self-center-oriented? Astaghfirullahhhh.. takutnya saya! sedangkan dalam masa yang sama juga saya adalah milik hakiki suami & anak..

Quitting your job, then!? yes, I wish! (at the moment) but my husband & both family of us are not keen for my decision yet.. lagi pun the hubster bukannya selamanya di sini.. he has commitments and we will be back to our home, after he achieved his Phd.. insya Allahhh..

Dilema kan? whatever decision I made later or soon, still needs sacrifice.. so I have to be prepared to every situations that will happen..

8 respond(s):

Juwita Jamaludin said...

salam ira.. selamat hari raya aidiladha.. tak dapat nak beraya bersama semalam ye... tula dilema ye.. buat la keputusan terbaik tapi bagi ita suami bukan lama disini.. jadi kalau kena kerja dulu pun tak pe nanti minta cuti lagi boleh tak gitu

Ira said...

Hi Ita.. ha ah, sorry ye tak dpt ke majlis tu.. insya Allah lain kali pula.. tulah, dalam proses nak sambung cuti gak ni, harapnya berjayalah huhu

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

mmg ramai yg ikut husband dtg study then terpaksa cuti tanpa gaji....urmmm ai x der dilema gituew sebab since kawen darl ai x kasi keja...lepas konvo 5 bulan terus kawen ngee....ramainyer nak blk for gud 2012 nanti...sunyilah nihon nanty

aida said...

sepanjang pengetahuan aku, TNB bagi pelepasan more than 1 year kalau ikut suami buat PhD

sebab ada kawan seorang ni, suami dia kerja TNB, dia pulak sambung PhD.. so suami dia minta sambung cuti tanpa gaji, alhamdulillah dapat.

Kalau aku jadi macam kau, apply jer 2 tahun lagi.. dan bagi bukti surat bahawa suami kau expected complete bila

atas discretion HR jugak nak tentukan kau layak dapat cuti sampai bila.. apply jer for maximum amount

Ira said...

Ayu, bestnya jadi SAHM sejak azali lagi.. I think yang keja dgn govt selalunya memang takde masalah utk dapat unpaid leave.. tak silap diorg boleh cuti ikut spouse sampai 3 tahun.. but not private company.. :(

Ira said...

Aida, hmm.. ikut station & business unit jugak, and of course tengok kat dept mana attached.. as u know la kan, kat finance/acc dept memang susah sikitlah.. but yes, definitely I will try to resubmit my application.. kalo ikut dulu aku apply 3 tahun terus, but unfort. dpt setahun je.. huhu..

yatie chomeyl said...

lebih kurang mcm kes I la, cuma hubby yg kena balik Msia since dia dh start kije. at first it is difficult to make decision, tapi lepas tu Insya Allah ada jalan yang di bukakan untuk selsaikan masalah itu.

Ira said...

Yatie, oh yeke? besar pengorbab u & husband.. hmm.. I hope so, ada 'jalan' juga buat kami nanti.. thanks!

Post a Comment

wanna share your thot?