Peringatan: Long entry & banyok gambar
2 Sabtu lepas (masa orang tengah sibuk masak2 nak raya haji ), kami berkunjung ke rumah parents kepada one of ex-labmates husband di Tokodai dulu, Miki. Miki-san ni antara yang rapat jugak dengan husband masa sama2 diorang buat masters di Tokodai, masa zaman bujang 2004-2007 dulu. Tak silap, Miki-san dan sorang lagi ex-labmate pernah ikut husband balik Malaysia & visit Langkawi & Melaka tahun 2005. Husband pon pernah datang ke rumah Keluarga Miki ni, masa tu parents Miki-san ni masih menetap di Yokohama. Sekarang ni keluarga Miki-san ni dah berpindah di Mukagaoka-yuen, dekat je dengan rumah kami. Kebetulan Miki-san sedang bercuti, ada di rumah parentsnya, jadi dia jemput kami sekeluarga datang ke rumah parentsnya. Tapi sayangnya, wife & anak lelaki Miki-san yang baru 9 bulan (tak silap) takde, diorang balik kampung :(
Pukul 11 pagi Miki-san datang jemput kami dengan Prius. Woot woot!! merasa gak kitorang naik Prius.. Hahaha.. biasa jek, macam naik Vios jek rasanya :P. 15 min lepas tu sampailah kami di kondo milik parents Miki-san. Cantik rumah diorang :). Kami sembang2 sekejap lepas tu makan tengahari yang dimasak & disediakan oleh mak Miki-san.
Oishikatta!!! Mak Miki-san masak Chirashi sushi, smoked salmon, ebifurai (udang goreng serbuk roti) & potato korokke :)). Kami melantak dengan tak malunya! Hahahaha.. serious, sedap betul Chirasai sushi tu, 1st time try!
Ini adalah ayah Miki-san. Ehhh, yang baju kemeja kotak2 tu tauuu, bukan yang baju hitam tu. Si baju hitam tu ayah Ayna-chan :P. Oh btw, kami bawakan keropok ikan (yang dah siap digoreng) dari Malaysia untuk family Miki-san sebagai buah tangan dan juga iniiii..
Baby bib untuk anak Miki-san, Soshiro-kun!! Kami tengok gambar2 Soshiro-kun, sangat comel, badan ketak2, muka bulattt! Typical japanese baby.
Dah kenyang, kami sembang2 lagi dan lepas tu solat zuhur di situ. Lepas solat, Miki-san ajak kami pergi ke Ikuta Ryokuchi Park yang betul2 berhadapan dengan kondo tu. Jalan kaki dalam 10 minit je kot. Ayah & mak Miki-san pon joined sekali. Di Ikuta Ryokuchi Park ni ada macam2. Ada roses farm, ada art museum dan Nihon Minkaen. Tapi kami dibawa ke Nihon Minkaen (muzium rumah2 tradisional Jepun macam ala2 Taman Mini Malaysia kat Melaka tu). Besar dan luas sungguh kawasannya! Berbukit2 lak tu.. Huhu.. Menggagahkan diri la kami berdua mendaki bukit sambil berkejaran dengan Ayna yang sangat genki masa tu -___-; dok terlompat2 dan berlari tanpa henti! Pengsan!!
 |
| Ojisan ni suka sangat melayan Ayna, Ayna pon buat macam 'atuk' dia sendiri |
 |
| Beautiful scenery before enter the museum |
 |
| Tengok map ni pon dah letih, inikan pulak... sila sambung sendiri |
 |
| Ini adalah pintu keluar.. haha, kami posing dulu sebelum masuk dan keluar :P |
 |
| Haaa.. ini baru pintu masuk. Ayna jumpa geng yang sama2 suka berlari. Haihhh jenuh mengejar! |
 |
| Di dalam muzium dan sample handmade di beberapa buah jenis rumah, kebanyakkannya diperbuat daripada jerami |
 |
| Di salah sebuah rumah utara Jepun |
 |
| Fuhh, akhirnya dapat 'tangkap' budak ni utk bergambar |
 |
| Erk, tak taulah kenapa kami berdua bergambar dengan tangki air zaman dulu2 ni.. hahaha |
 |
| Antara rumah yang dilawati |
 |
| Budak genki main kejar2 dengan Obasan yang sangat muda & masih kuat |
 |
| Gotcha!! |
 |
| "Saya janji saya tak lari2 lagi.." |
 |
| "See.. I told ya, right?" |
 |
| With Ojisan |
 |
| With Miki's family. Mak Miki-san tu umur dia 54 tahun, gila nampak muda kan?? Tepi sekali tu adalah Miki-san |
All in all, it was fun la jugak, especially tang landscape yang sangat cantik walaupun penat berjalan/mendaki. Rumah2 tu memang original dari seluruh region kat Jepun ni, dipindahkan ke sini. Sape yang suka sejarah, mesti teruja but not me. Huhu.. bab2 history ni aku memang kureng sikit lah.
Selesai tawaf satu muzium ni, kami pon balik semula ke kondo Miki's family. Minum2 kejap dan lepas tu kami pon pulang. Miki-san & ayahnya yang hantar kami balik. Sempat dia hadiahkan Ayna toys, sukalah makcik tu dapat toys lagi.
End.
6 respond(s):
bestnyer
besar umah nihonjin tue khen
Chirasai sushi mmg sedap ...ai dah byk kali mkn then homemade pow dah pernah try but bento kat si adam ni....
Seronok dpt jumpa kawan lama tu kan! :D
Japanese mesti hidang simple tp sedap. Pernah makan chirashi sushi tu tapi biasanya dia keluar masa hinamatsuri. Topping dIa wajib telor halus tu pastu penuh sayur. X pernah buat lg. Hihi..
Ayu, beso! tp takleh celen dgn rumah org msia yg bertingkat2 tu. lagi beso. hahaha..
Asmara, seronok! diorg friendly sgt.. tulah, nihonjin kalau dah baik, mmg baik betul. kalau jenis muka ketat mcm jiran sblh rumah ni, hahaha.. jawab la sendiri :P
nihonjin nie walaupun dah berumur still nampak muda..paling penting healthy tu...nie nak kena ikut gaya hidup diorang nie being healthy everyday supaya awet muda aje....part makanan la yg paling mencabar nie nak disiplinkan diri kan? hehehe
Umie, kan?? so jealous tgk diorg ni always nampak muda, sihat & panjang umur.. diorg mmg jaga kesihatan & kecantikan betul2.. huhu.. org2 kita mmg kurang displin sikit lah bab2 ni eh..
Post a Comment
wanna share your thot?