Dulu sebelum datang sini, semasa kami dok di PUJ2 dan lepas tu di Taman Sutera, dalam sebulan sekali terutama di hujung minggu mesti kami 3 beranak brunch di IKEA. Bangun tido, siap2 terus keluar. Weekend pagi biasanya jalan nak ke Damansara tu tak berapa sibuk lagi sebab kebanyakan orang keluar after 12 noon. So sampai sana dalam kul 11 pagi, kami menuju ke IKEACafe dulu cari Meatballs & Daim Cake for brunch! Yayy, dah kenyang barulah kami bertenaga untuk mengukur IKEA, Ikano & Curve di situ sampai ke petang/malam :)) Bukan shopping sangat pon, lebih kepada cuci2 mata aje & bawa Ayna jalan2..
Lepas tu ada issue pasal IKEA Meatballs yg tidak dijamin halal :( Cafe IKEA tu tutup few weeks kot untuk kerja2 perbersihan, samak barangkali? Sejak tu, kami dah jarang ke sana. Kalau pergi pon, kami makan di tempat lain. Bila dah berada di sini, laaaaagilah tak jumpa meatball yg boleh di makan kecuali beli di Batricom atau buat sendiri. Yucks, yang Batricom punya tak sedap!! Tekak kami anak beranak tak boleh terima. Disebabkan teringin sangat, saya google how to make homemade IKEA @ Swedish Meatball. Jumpa!! Dan inilah IKEA Meatballs with cream sauce, versi saya ;)
Senang rupanya nak buat, lebih kurang macam buat Japanese Hamburger jugak caranya, cuma bulat2kan daging tu menjadi ball. Ini resepinya untuk 3-4 orang makan:
Meatballs
- 1/3 kg minced beef (kalau dapat yg fresh lagi bagus)
- 1 big onion (finely chopped)
- 2 cup breadcrumbs
- 1 cup fresh milk
- 1 tbsp vegetable oil
- 1 egg (lightly bitten)
- 1 tsp black pepper
- 1 tsp coriander + parsley leaves
- Pinch of salt
Goreng chopped onion dengan sedikit minyak, jangan sampai garing, angkat dan ketepikan. Dalam bekas yang lain gaulkan minced beef, bawang td, telur, breadcrumbs, fresh milk & seasonings. Masukkan breadcrumbs & susu sikit2 supaya tak lembik sangat. Kalau lembik dan berair sangat, tambah minced beef atau breadcrumbs lagi sedikit. Bulat2kan sebesar buah golf (HAHAHA!) dan goreng di dalam fry pan dengan minyak yg sedikit. Balik2kan dan siap! Kalau taknak fry, bakar di dalam oven pon boleh jugak ;)
Cream Sauce
- 100 ml cream or fresh milk (saya guna fresh milk je)
- 200 mlm beef stock (guna chicken stock pon ok)
- 2 tbsp kicap pekat (soy sauce)
- 2 tbsp tepung
- Salt & white pepper
Panaskan beef stock, tambah air sedikit tunggu sampai boiling dan masukkan fresh milk. Kacau, masukkan kicap, tepung & seasonings dan gaul sampai pekat. Kalau terlalu cair, tambah tepung 1 sudu lagi atau terlalu pekat, tambah air. Siap!
BBQ Sauce
- 4 tbsp tomato sauce
- 1 tbsp soy sauce
Gaul dan siap dihidangkan bersama meatballs & cream sauce. Untuk hidangan, boleh dimakan bersama potato wedges/mash/fries & salad. Yums!
10 respond(s):
pasni boleh cuba buat guna resipi nih..tq.
Lia, silakan :)
nak suruh wife cubo buek la...:)
hentak kaki sebab x biasa rasa meatballs ikea ituew dok biasa dengaq org citer jer...nangesss
sedap2.. suka juga buat meat ball sendiri lagi puas hati... baru buat semalam.. tapi tak sempat pun bergambar.. memang nampak menyelerakan set ira ni
Papa Mifz, buek jgn tak buek.. hehe
Haha.. Ayu, nanti kalo balik msia, turun flight ja terus tuju IKEA k.. otw je pon nak ke kedah tu.. ;)
Ita, ahad lepas Ira pon buat strawberry shortcake jugak :) tp tak rela post di mana2 gambarnya, comot! hehehe..
sedap2.....
Tq Dalila ;)
Post a Comment
wanna share your thot?