Perjalanan dengan train amik masa 1 jam saja dari Miyazakidai ni. Sampai di Showa Kinen Park pukul 1 pm. Husband beli tiket dan kami terus mencari adik2 tu. Dari awal lagi budak Ayna ni sibuk nak tengok bunga katanya. Nasib baik jumpa seconet bunga cosmos kat pintu masuk.
Park tu besar dan luas sangat! Cari guna map pon susah nak jumpa adik2 tu yang tengah tunggu dekat bawah pokok di tengah2 padang (meeting point). Kami jumpa padang dan pokok, tapi kami tak jumpa budak2 tu. Sementara mata kami melilau mencari kelibat2 malaysian di situ, sempat budak ni BARING, MENIARAP & GULING2 kat atas padang tu tanpa disuruh! Haihh.. Sabo ajelah! Nasiblah padang tu bersih -___-;
Call tak dapat pulak. Huhu.. Dekat 30 min jugak mencarik di sekitar situ sampai perut pon dah mula bergendang. Kami pon decided untuk makan dulu di tempat lain sebab di kawasan sekitar padang tu (di bawah pokok) dah dipenuhi orang lain. Nak makan kat tengah2 padang yang panas tu macam pelik pulak kan?? Jadi kami patah semula ke pertengahan jalan dan makan di bawah pokok yang dah mula nak kemerahan daunnya.
Kesian, lapar agaknya. Banyak jugak dia makan nasik lemak tu. Dah kenyang, dia sambung posing ala2 filem hindustan sekali lagi sementara ummi & abah makan. Hehehe.. she just enjoyed and loved the fall orangery leaves so much!
Lepas makan, kitorang jalan2 dulu sebelum menyambung pencarian adik2 kohai tu. Jumpa 2 baris pokok ginko yang ditengah2 adalah jalan macam cite Winter Sonata tu. Awww.. sangat cantik walaupun belum 100% daunnya menguning. Tengok kat notice board di situ kata peak end of Nov nanti.
Lepas tu kami by pass the ginko tree dan masuk ke padang tadi semula. Haaaa.. kali ni baru jumpa adik2 tu. Diorang kat pokok kat tengah2 padang tu. Ramai betul nihonjin yang beraktiviti di sini. Ada yang main kejar, soccer, badminton, layang2. Baring peluk2 sambil pandang ke langit pon ado :P Ayna dengan tak malunya joined 2 orang kakak main ball :)
Tak lama pon kami di situ. Lepas sembang2 kejap dengan diorang kami pon berjalan lagi di sekitar taman tu. Tepat jam 4.30 pm kami pon pulang ke jalan yang benar ;) Masa tu hari pon dah mula gelap.


5 respond(s):
ira,suka tgok gmabr one happy family di bwh pokok ginko tu..mmg cantik mcm dlm cite winter sonata..hehe.kat sini sume dah togel,xsempat nk ammbik gmbr pun..
baru upload ekkk
curlastt view kirei sangat
ai suker warna kuning lagi compare ngan merah
rasa lagik berseri khen
mcm tema autumn in my heart...ouchhhh~
Thank u, Lia :)) our favorite jugak gambar tu
Ayu, haha.. tetiba feeling2 korean drama plak kan??
Ya allah ira, lawanyaaa. Gambo sume best...mmg padanla si ayna nak baring2 kalau aku pun nak baring2 gak hehehe.
Enjoy the moment while it last kan?
Thank u nano.. haihh.. wish I have D7k mcm ko.. huhu..
tulah, sementara ada di sini.. nanti bila jadi nak dtg sini sila plan bukan 11 (fall) atau bukan 4 (spring) tau. time tu mmg cantik kat jepon ni ;)
Post a Comment
wanna share your thot?