Tuesday, January 8, 2013

Cosmos!

Kat Jepun ni banyak taman-taman bunga. Taman-taman ni akan bertukar bunga mengikut musim. Cosmos ni selalunya ada waktu Summer nak masuk ke Autumn. Kira late summer and early autumn la.  One thing that I noticed pasal cosmos ni, pokok dan daunnya macam biasa dilihat di Malaysia. Jenuh pikir kat mana dan pokok apa tapi tak boleh recalled. Until just now baru teragak nak google. Laaaa.. rupa-rupanya Cosmos ni Bunga Ulam Raja ke?? LOL! Patut la macam biasa aje ternampak di mana-mana. MIL saya memang ada tanam pokok ulam raja ni di belakang rumah. Elok membiak besar pokoknya. Bila-bila teringin nak makan ulam, petik je. Tapi jarang-jarang saya lihat bunganya. Kalau ada pon kecik dan 1, 2 kuntum je dan lepas tu tak pulak saya rakam rupa bunganya di dalam kepala ni. Hehe.. As usual, tanda-tanda penuaan :P

Okay, back to our cosmos visit somewhere early October last year tak silap. Actually our friend, Juwita yang introduced tempat ni pada kami. Terlekat di Kurihama, di belah Selatan Yokohama. Quite jauh jugak dengan tempat kami ni, hampir sejam perjalanan dengan train. Alhamdulillah, tak jauh sangat berjalan dari train station. Kebetulan masa kami pergi ni weekend dan cosmos-cosmos di situ sedang peak. Subhanallah.. ramainya orang! Yang datang dengan kereta tu terperangkap dalam jam (sebelum pintu masuk) &  terpaksa tunggu parking yang available berjam-jam! Sampai saja di situ kami makan siap-siap dulu. Kami beli onigiri je di kombini (convenient store) dengan air botol je.  Malas nak masak dan bawa bekal. Selesai aje makan, kami pon memulakan perjalanan membelek satu per satu bunga cosmos tu di taman ini ;)

Di entrance gate, jumpa 'kawan' dulu
Dari kejauhan
Acara wajib, posing dulu
Ini pon! The cosmos pwincefs
Inilah bunga ulam raja tu.. LOL
I loved this most!
And these 2 objects too! <3
Fuchsia Pink Cosmos
Light Pink Cosmos
White Cosmos
Aaaaand..

Yellow Cosmos
See u till next entry - NIKKO!

Saturday, January 5, 2013

Himawari Batake (Sunflower Farm)

Sementara mood membelog sedang menurun, mari kita update blog laju-laju!

*******************************
Okay, obviously ini cerita basi jugak. Longggg time ago punya cerita. Last year tu kira long time la kan? Tak silap bulan Ogos 2012 lepas. Masa ni baru seminggu dua lepas raya. Yelah, perantau macam kami ni nak pergi beraya di mana aje pon kan. Kawan-kawan pon mostly ramai yang belum balik beraya dari Malaysia lagi masa tu. Jadi tinggal yang 2, 3 kerat ni la menyambut raya dengan berjalan-jalan melihat kebun bunga matahari. Ingat tak nama adik kartun Sin-chan tu namanya Himawari kan? Haaa.. Himawari tu maknanya bunga matahari lah.

Somehow, bila melihat kebun bunga matahari yang luas ni mengingatkan kampung husband di Arau, Perlis nun. Eh ada bunga matahari ke kat Perlis tu?? Naahh, tipu la kalau saya kata ada. Bukan bunga tu yang mengingatkan saya pada kampung suami tapi kebun tebu dan sawah padi yang terbentang luas berkilo-kilo meternya, dengan cuaca yang sangat PANAS mencecah 38 degree celcius tu. Hampir saling tak tumpah macam berada di sana rasanya!

Saya memang menunggu masa yang sesuai je untuk ke tempat ni. Walaupun masa saya kecil dulu mak saya pernah menanam 2, 3 pokok bunga matahari ni di rumah kami yang lama dulu, dah tentu tak sama dengan yang ni. Hat ni lagi besaq dan banyak. Alhamdulillah, our friend Ida & Faizal ajak kami ke Zama-shi, di dalam Negeri Kanagawa ni jugak untuk melihat dan menikmati pemandang kuning yang cantik ini. Zama ni agak dekat juga dengan Kawasaki & Yokohama dan ada a few sunflower farm di sini. Alhamdulillah, jumpa pon kami kebun yang bunganya sedang peak ;)

Ada honey-bee yang menyibuk di situ

Bunga matahari ku..




Can u spot us?


terbentang luas!

Actually nak tengok bunga matahari tegak meninggi seeloknya pada awal matahari terbit dalam pukul 8-9 pagi macam tu sampai ke pukul 12.00-1.00 tengahari sahaja. Kalau lebih pada waktu tengahari tu memang semua bunganya menunduk malu mengadap ke tanah. Agaknya sebab itulah ia dipanggil bunga matahari kot. Alhamdulillah, our rezeki kot. Sampai dalam pukul 10 pagi, bunga-bunga ni sedang menegak.

Tak lama pon kami di kebun ni. Tak tahan dengan kepanasan cuaca. Haihh bunyi macam tak pernah dok kat Malaysia aje kan? Huhu, kat Malaysia pon tak berjemur camni. Sejam saja di sini, dah puas bergambar kami pon singgah di rumah kawan sorang lagi untuk menikmati nasik lemak pulak. Yaaa.. dah macam orang yang penat lelah mengerjakan sawah je bunyinya, kan? Lapar sangat sebab skip breakfast pagi tu demi himawari punya pasal! 

The End.
*******************************

Next is Cosmos pulak. Sooooon!

Wednesday, November 28, 2012

Back Attack

Yes, I'm back! Back to mengadu domba di sini. My lower back pain is back :( <--- banyaknya BACK!

Saya memang ada mild back pain di bahagian bawah pinggang, dekat dengan pelvic. Rasanya bukan slip disk. Belum pegi buat detail check up lagi. Hmm.. sejak dok di Jepun ni lah saya kena. Tak pasti puncanya apa. Mungkin wrong posture masa duduk, overdo exercise atau mungkin juga futon (tilam lipat macam toto). Almaklum le, kami takde katil yang ada tilam empuk. Guna futon set je. Nak-nak pula usia dah semakin meningkat ni, mungkin itu penambah faktor berlakunya sakit di belakang ni.

Sekarang semakin sejuk di sini. Jadi, selesema, batuk & demam tu pon senang berjangkit. Kami sekeluarga tidak terkecuali. Mula dengan Ayna lepas tu saya dan sekarang husband pulak dan lepas ni mungkin kawan-kawan lab suami pulak. Eh? Hehe.. Gitulah cycle nya.

Bila batuk-batuk disebabkan tekak perit dan gatal tu, belakang saya ni jadi sakit sangat. Batuk saya pula susah nak ditahan-tahan, macam bersin tu. Once rasa gatal dan merenyam di tekak saya mesti batuk, batuk dan batuk sampai terduduk dan berair mata. Bukan sebab penat batuk tapi menahan sakit yang mencucuk di belakang saya.

Kebetulan berlakunya sakit belakang ni semasa suami saya ada conference di Nagasaki, 4 hari. Takde orang boleh bawa saya ke klinik. Saya nak pegi sendiri, tak reti Nihongo lagipon condition belakang saya teruk sangat sampai saya nak berjalan, duduk & baring pon sakit. Kesian Ayna, nasib baik dia tak banyak ragam sangat waktu tu. Dalam saya sakit-sakit tu pon saya gagahkan diri siapkan makan, pakai dan main Ayna juga. Rumah jelah macam tongkang pecah dilanggar garuda. Tak mampu nak tolong :(

Alhamdulillah, suami balik dari Nagasaki bawa saya ke klinik. Lepas makan ubat sakit tekak dan ubat batuk, lega sikit batuk saya. Doctor bagi powder med ye, antibiotic semua takde. Walaupun rasa tak sedap but I survived. Nak sihat punya pasal! Haha..



Untuk sakit belakang saya tu doktor bagi saya koyok atau cold pad tampal kat belakang je. Masa tu macam nak marah jugak lah. Marahkan doktor, boleh? Saya sakit macam nak tercabut pinggang, dia bagi saya koyok je. I was expecting dia buat x-ray ke, buat MRI etc. Dia cakap, wife dia pon kena camtu gak. Dah tak boleh berjalan baru buat MRI and operation. Ya ampunnnn! Dah nak kena tunggu tak boleh berjalan baru nak buat further action ke? See, punyalah bertabah dan cekal (keras!) hatinya orang Jepun ni. Agaknya dia mesti ingat saya ni sakit mengada-ada kot. Pfft!

Walaupun sekarang batuk dah ok, sakit belakang pon dah kurang dan saya pon dah boleh berjalan, rasanya perlu sangat saya buat detail check up untuk back pain saya ni. Hmm.. sekarang suami tengah sibuk, sedang cari masa yang sesuai untuk berjumpa specialist di sini. In the meanwhile, saya naka turunkan berat badan ni lagi la. 55kg is not okay for me. Insha Allah dalam usaha nak turunkan ke 50kg pulak. Fuh, semoga mampu dan tercapai hendaknya.

Pray for me and GAZA, dear friends.

P/S: Apelah sangat ujian sakit yang saya hadapi ni berbanding dengan kesengsaraan untuk bebas oleh rakyat Palestine, kan? Allahuakbar, SAVE GAZA!